
KKSL hab program CSR Melaka
AYER KEROH 19 Oktober – Kolej Komuniti Selandar (KKSL) membudayakan konsep kebajikan menerusi Program CSR Outreach Polycc sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) dalam kalangan pelajarnya.
Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr Wan Baharudin Wan Mahmood berkata, menerusi program itu pelajar dapat menyumbangkan kemahiran mereka kepada masyarakat.
“Kolej Komuniti menjadi hab program CSR di Negeri Melaka, selain itu program seumpama ini juga mampu melahirkan graduan yang berkualiti.
“Selain bercirikan holistik dan insaniah dalam bidang pelajaran pada masa akan datang,” katanya ketika berucap merasmikan pada program itu di Taman Seribu Bunga (TBS), di sini, baru-baru ini.
Program melibatkan 53 pelajar dan 24 pensyarah KKSL, Kolej Komuniti Bukit Beruang (KKBB) dan Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) itu turut mendapat kerjasama Koperasi Kakitangan Istana Melaka Berhad (Kokaim) selain Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (Jaim).
Turut hadir Pengarah Kolej Komuniti Selandar, Ramlee Yahya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERZIM BAWA GENERASI MUDA SELAMI SEJARAH KEMERDEKAAN
TELOK MAS 13 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membawa kisah perjuangan tokoh kemerdekaan, sejarah negara serta permainan tradisional kepada...
GELANGGANG BADMINTON SATUKAN WANITA
AYER KEROH 13 Ogos - Penglibatan aktif golongan wanita dalam bidang sukan bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah...
59 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN DI TAPAK PEMBINAAN
BUKIT KATIL 12 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menahan 59 warga asing dalam serbuan Ops Kutip di tapak...
JELAJAH KETUA MENTERI: KREATIVITI ADUN SERLAH KEUNIKAN SETIAP DUN
REMBIA 12 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat yang kini sudah menjelajah 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) terus mencapai...
DATARAN NIAGA BAHARU JADI HAB KUIH TRADISIONAL TELOK MAS
TELOK MAS 12 Ogos - Satu dataran niaga baharu sedang dibangunkan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah...
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos - Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin...
