Kluster ‘Tempat Kerja’

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat
DAK MAT

NAMPAKNYA jangkitan COVID-19 di Melaka meningkat kebelakangan ini. Bilangan kluster juga bertambah dengan kluster tempat kerja antara yang tertinggi.

Banyak spekulasi beberapa tempat kerja di Melaka mendapat taraf ‘kayangan’. Ini kerana ‘tempat kerja’ tersebut masih dibenarkan beroperasi walaupun netizen mendakwa sektor ini punca utama bilangan kes meningkat.

Bagi Mat, dakwaan harus berasaskan fakta. Ini yang Mat dan ‘tempat kerja’ Mat praktikkan. Jika tiada fakta, ia adalah tuduhan yang boleh ditafsir dari pelbagai
sudut.

Rungutan netizen berkaitan perkara ini berasas. Pihak berwajib telah mengambil tindakan terhadap beberapa majikan dan ‘tempat kerja’ mengikut kuasa dan undang-undang yang diperuntukkan kepada mereka.

Operasi yang dilancarkan adalah secara bersepadu melibatkan pelbagai
agensi di Melaka. Tindakan dari penguatkuasa dibuat berdasarkan punca kuasa bagi membolehkan mereka bertindak.

Netizen perlu faham tentang kuasa bertindak yang diperuntukkan kepada
pihak berwajib di Melaka. Ada kekangan tertentu yang tidak memungkinkan pihak berkuasa negeri menutup sesetengah ‘tempat kerja’ seperti desakan netizen.

Langkah yang diambil pihak berkuasa negeri juga perlu berhati-hati. Ini bagi mengelakkan agensi atau penguatkuasa terbabit terdedah kepada tindakan undang-undang kerana bertindak di luar bidang kuasa mereka.

Pandangan kita tidak semestinya betul. Pandangan orang lain juga tidak semestinya salah. Apa yang penting, tindakan yang dibuat adalah memelihara kepentingan semua.

Dak Mat : Mat kluster ‘marhain’ yang memerhati je

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

326
Kongsi :
Previous post Ketua parti diminta tentukan kehadiran dalam dewan- Speaker
Next post 50 doktor kontrak adakan protes di Hospital Melaka
Ubah saiz-+=