
KM bersarapan roti sarang burung
MASJID TANAH 25 Okt. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman Md Ali meluangkan masa bersarapan bersama penduduk Kampung Air Hitam Darat, di sini, pagi ini.
Kedatangan beliau ke warung Roti Canai Jani disambut meriah penduduk setempat.
Beliau sempat beramah mesra bersama penduduk sebelum mencuba roti sarang burung yang kini menjadi menu pilihan ramai.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning Datuk Wira Latipah Omar.
Terdahulu, beliau solat Subuh berjemaah dan turut meluangkan masa mendengar kuliah Subuh di Masjid As- Salam.
Dalam program hari ini juga beliau turut mengadakan lawatan ziarah kasih.
Views:
Related
Berita Lain
POTENSI KAMPUNG 6 JADI DESTINASI PELANCONGAN MAKANAN
KESIDANG 19 Oktober - Kampung 6, berpotensi menjadi antara lokasi tarikan pelancongan di Melaka menerusi keunikan sajian makanan serta kemeriahan...
PRN MELAKA: MCMC, SPR PASTIKAN LIPUTAN INTERNET LANCAR, TIDAK JEJASKAN SISTEM OCR-VA
MACHAP JAYA 18 Oktober - Lokasi urusan pilihan raya yang pada awalnya dicadangkan di Dewan Penyayang, Lesung Batu ditukar ke...
BN SASAR SAPU BERSIH LIMA DUN ALOR GAJAH
MACHAP JAYA 18 Oktober- Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan di semua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Alor...
‘ JANGAN ADA DURI DALAM DAGING, GUNTING DALAM LIPATAN’ – AB RAUF
MACHAP JAYA 18 Oktober - Semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya mengetepikan kepentingan peribadi dan memberikan sokongan penuh...
DANA RAKAN MUDA RANCAKKAN AKTIVITI BELIA, SUKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Oktober – Persatuan belia dan penganjur sukan di negeri ini diseru untuk memanfaatkan peruntukan disediakan oleh Jabatan...
REKOD PRU LALU IKTIBAR BN PERKEMAS PERSIAPAN HADAPI PRN MELAKA
MACHAP JAYA 18 Oktober - Kemenangan Barisan Nasional (BN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak menjamin kejayaan di peringkat...


