
KM bincang keputusan dasar pembangunan tanah Melaka
MELAKA 21 Sept. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali hadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pecah Sempadan dan Belah Bahagi Tanah (JKBB) Negeri Melaka yang di Genting Highlands.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr. Hasim Hasan; ketua jabatan dan agensi Kerajaan Melaka.
Menerusi hantaran Facebooknya, Sulaiman turut menyatakan mesyuarat tersebut antara lain membincangkan permohonan dan membuat keputusan dasar berhubung dengan pembangunan tanah Negeri Melaka.
Sementara itu, beliau juga mempengerusikan Mesyuarat Dasar Perumahan (DRN) Negeri Melaka di lokasi sama.
Turut hadir dalam mesyuarat itu Hasim dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar negeri Abdul Ghafaar Atan.
Views:
Related


Berita Lain
KEMAJUAN MELAKA AMBIL KIRA KESEJAHTERAAN SEMUA LAPISAN RAKYAT
TANJUNG BIDARA 17 September - Kemajuan Melaka bukan sekadar diukur menerusi pembangunan ekonomi, tetapi turut dinilai melalui sejauh mana kemajuan...
IKAN MALONG 2.73KG BAWA REZEKI HARI MALAYSIA BUAT PEMANDU LORI
KLEBANG 17 September - Bermodalkan hirisan ikan cabuk atau anak ikan parang sebagai umpan, pemandu lori, Muhammad Hairee Ali, 37,...
WRUR TANJUNG BIDARA: BENIH SAYUR PERCUMA CETUS SEMANGAT USAHAKAN KEBUN KECIL
TANJUNG BIDARA 17 September - Agihan anak pokok dan benih sayur-sayuran oleh Jabatan Pertanian Negeri Melaka mencetuskan semangat untuk bertani,...
PRN MELAKA BUKAN LAGI RAHSIA, CUMA TUNGGU MASA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 17 September - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bukan lagi menjadi rahsia, sebaliknya hanya menunggu masa sesuai...
3,000 SERLAH SEMANGAT MALAYSIA DALAM KERETAPI SARONG MELAKA
BANDA HILIR 17 September - Lebih 3,000 peserta daripada pelbagai kaum dan latar belakang menyemarakkan sambutan Hari Malaysia menerusi Keretapi...
JUALAN MURAH FAMA BANTU RAKYAT BERJIMAT
TANJUNG BIDARA 17 September - Program jualan murah dianjurkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) amat membantu golongan B40 dan kumpulan...
