
KM lancar OSHMP25 peringkat Negeri Melaka
AYER KEROH 14 Okt. – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini melancarkan Webinar Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2025 (OSHMP25) peringkat negeri di sebuah hotel, di sini.
Webinar anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka itu diadakan secara hibrid yang mana 50 peserta mengikuti seminar secara fizikal, manakala 750 peserta lagi secara dalam talian.
Ia diadakan sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2021 peringkat negeri.
OSHMP25 adalah kesinambungan daripada tiga pelan strategik lima tahun KKP terdahulu untuk membentuk Budaya Kerja Selamat dan Sihat.
Ia merupakan tunggak dalam menjadikan tempat kerja di Malaysia selamat dan sihat melalui program strategik pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan yang komprehensif.
Berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MINAT BERTANI BAWA ‘MAMA’ KE KURSUS BAJA ORGANIK
AYER LIMAU 10 September - Hobi bercucuk tanam di kebun kecil berhampiran rumah bukan sekadar mengisi masa lapang buat Jamilah...
MASJID BAHARU BAKAL PERMUDAH URUSAN IBADAH PENDUDUK BERTAM
PAYA RUMPUT 10 September – Pembinaan masjid kariah baharu di Taman Desa Bertam membawa khabar gembira buat penduduk setempat apabila...
HADIAH LUMAYAN UNTUK PEMINJAM TAPEM KONSISTEN LUNAS PINJAMAN
AYER LIMAU 10 September - Peminjam Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) yang konsisten melunaskan bayaran pinjaman berpeluang membawa pulang...
‘TOK RAUF MASIH KENAL AYAH’
AYER LIMAU 10 September - Perbualan ringkas mengenai bapanya yang pernah berkhidmat di jabatan kesihatan bertukar menjadi detik tidak disangka...
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...
‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’
AYER LIMAU 9 September - Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami...

