Sorting by

×

KM santuni masyarakat India di Bukit Katil

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

BUKIT KATIL 22 Ogos – Masyarakat India berbesar hati menerima kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Haji Sulaiman Md Ali sekaligus membuktikan pemimpin negeri itu begitu dekat di hati rakyat.

Perkara itu diakui S Remayee, 60 yang melahirkan rasa bangga kerana dapat bertemu empat mata dengan pemimpin negeri itu.

Remayee antara lapan penerima bantuan disumbangkan kerajaan negeri yang disampaiakan Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali berbentuk wang tunai dan barang keperluan asas.

Katanya, dia juga menzahirkan rasa terharu kerana kerajaan negeri sentiasa menghulurkan bantuan sejak usianya 30 tahun yang membesarkan empat anak sendirian.

“Sejak saya bergelar ibu tunggal pada usia 30 tahun, kerajaan negeri sentiasa prihatin menghulurkan bantuan malah banyak membantu persekolahan anak-anak.

“Hari ini tambah bersyukur dapat berjumpa sendiri Datuk Sulaiman. Selama saya hanya dengar dari mulut orang lain sahaja, namun tidak sangka apabila bertemu secara berdepan, beliau seorang yang ramah dan prihatin dengan nasib rakyat” katanya.

Perasaan sama dizahirkan M Puvanes, 37 yang baharu kematian suami sebulan lalu akibat kanser hati.

Menurutnya, keprihatinan yang ditunjukkan pemimpin negeri tidak harus berhenti di situ dan perlu diteruskan demi memastikan kehidupan rakyat yang lebih memerlukan terutama terkesan akibat Covid-19 ini diambil peduli.

“Selepas suami meninggal, sumber pendapatan utama keluarga terkesan kerana sebelum ini perbelanjaan rumah ditanggung mendiang, namun kini saya yang harus bekerja kuat untuk keluarga.

“Saya juga bersyukur kerana dapat perhatian sewajarnya daripada pemimpin negeri dan sedikit sebanyak mengurangkan beban kami sekeluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi MIC Melaka, Datuk M S Mahadevan berkata, kehadiran Ketua Menteri ke melawat masyarakat itu sangat dihargai memandangkan pemimpin negeri itu sibuk dengan tugasan harian.

“Program lawatan beliau pada hari ini lebih bersifat santai dan tidak terlalu terikat dengan protokol lawatan kerja.

“Ini menunjukkan Yang Berhormat seorang yang sangat dengan rakyat dan sanggup menghabiskan masa mendengar keluhan rakyat terutama masyarakat India pada hari ini,” katanya.

Views:

312
Kongsi :
Previous post RM500,000 atasi banjir kilat
Next post Melaka jadi negeri pertama tubuh Koperasi Usahawan Asnaf
Ubah saiz-+=