KM santuni penduduk DUN Kuala Linggi dan Tanjung Bidara

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

KUALA SUNGAI BARU 3 Okt – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini mengadakan lawatan Ziarah Kasih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dan Tanjung Bidara.

Sesi lawatan tersebut bermula di kawasan DUN Kuala Linggi pada awal pagi tadi, dengan menyaksikan Sulaiman menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Ar Rafai’e Kampung Air Molek yang diimamkan Imam 1 masjid tersebut, Ustaz Maruan Abdul Jalil.

Sulaiman (dua kanan) bersama Ismail (tiga kanan) serta jemaah yang lain menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Ar Rafai’e Kampung Air Molek yang diimamkan Imam 1 masjid tersebut, Ustaz Maruan Abdul Jalil.

Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Datuk Wira Ar. Ismail Othman.

Selesai solat Subuh, Sulaiman berkesempatan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada golongan asnaf di kampung terbabit

Lawatan Ziarah Kasih itu diteruskan dengan menyantuni penduduk dan bersarapan di Warung Roti Canai Warisan yang terletak berhampiran Kampung Air Molek, di sini.

Sulaiman turut berkesempatan menyantuni peniaga sekitar bagi mendengar permasalahan yang dihadapi mereka.

Sulaiman (kanan) bersama Md Rawi (kiri) ketika menziarahi Rohaziziee (dua kiri) yang menghadapi kesukaran tanggungan keluarga rentetan anaknya menghidapi penyakit jantung kronik sejak 18 tahun lalu.

Lawatan itu kemudiannya diteruskan ke DUN Tanjung Bidara bagi melawat rumah Rohaziziee Hamzah di Taman Bidara Permai yang menghadapi kesukaran tanggungan keluarga rentetan anaknya menghidapi penyakit jantung kronik sejak 18 tahun lalu.

ADUN Tanjung Bidara Datuk Wira Md Rawi Mahmud turut serta dalam lawatan tersebut.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Mohd Fadhil Hassan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

908
Kongsi :
Previous post Pengusaha ‘Banana Boat’ lega dapat kembali beroperasi
Next post Kerosakan kabel punca bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang terputus
Ubah saiz-+=