Komitmen lebih tinggi penjawat awam mampu capai KPI 100 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 13 Januari – Penjawat awam di Melaka sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan disaran mengambil peranan sekali gus meningkatkan komitmen masing-masing dalam menyokong segala usaha dan dasar dibawa Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari berkata selaku Ketua Pentadbir kakitangan awam di negeri ini, beliau menyambut baik amanat disampaikan Ketua Menteri.

Katanya, pelaksanaan segala dasar yang dirancang Ab Rauf mampu meraih kejayaan dengan adanya kerjasama yang baik dalam kalangan kakitangan awam di negeri ini.

“Saya menyeru semua kakitangan di semua jabatan negeri mahupun Persekutuan, agensi kerajaan atau badan berkanun dalam Melaka untuk bersama-sama melaksanakan segala dasar yang dirancang Ketua Menteri tercapai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Environment Sensor Station-15 (ESS-15) dan Melaka Touch Point di Dataran Bandaraya MBMB, di sini.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman.

Semalam, Ketua Menteri dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 YAB Ketua Menteri Melaka yang bertemakan ‘Bijak Memimpin, Berani Bertindak’ di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini menetapkan sasaran pencapaian 100 peratus dalam petunjuk prestasi utama (KPI) sepanjang tahun 2024.

Ab Rauf Yusoh berkata, sasaran itu ditetapkan menerusi Mesyuarat Petunjuk Prestasi Utama Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Negeri pada 4 Disember lalu yang turut memberi fokus kepada kepimpinan digital.

Mengulas lanjut, Zaidi berkata dengan usaha keras antara semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, Melaka mampu mencapai sasaran 100 peratus dalam petunjui prestasi (KPI) sepanjang tahun ini.

“Berdasarkan rekod kita dan komitmen penjawat awam dan pentadbiran, insya-Allah apa yang dirancangkan dan disasarkan mampu dicapai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2968
Kongsi :
Previous post Melaka Touch Point, kiosk pintar mudahkan orang ramai
Next post KPDN tumpu Biz-BERKAT di 4 negeri
Ubah saiz-+=