Kompleks beli-belah Bandaraya Melaka tersenarai premis berisiko COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

PUTRAJAYA 8 Mei – Sebuah kompleks beli-belah di Bandaraya Melaka tersenarai sebagai lokasi dan premis berisiko tinggi dalam Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan di Facebook MOSTI, hari ini.

Selain kawasan itu, katanya, HIDE turut mengesan pasar raya, kedai serbaneka, pasar awam, bazar, restoran makanan segera, bank, stesen kereta api, stesen LRT di seluruh negara.

Senarai lokasi dan premis berisiko tinggi yang dikesan Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE).

Khairy yang juga Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata HIDE diwujudkan bertujuan membantu masyarakat mengetahui premis dan lokasi berisiko, selain bertindak sebagai intervensi awalan, iaitu satu tindakan wajar untuk mengelak kluster baharu.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar menangguhkan kunjungan ke lokasi yang disenaraikan dalam HIDE.

“Penyenaraian lokasi serta premis ini amat penting dan wajar dilakukan memandangkan bilangan kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan setiap hari berada pada tahap yang sangat membimbangkan di mana dalam tempoh tujuh hari yang lalu, sebanyak 23,712 kes baharu positif telah dicatatkan manakala kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) telah meningkat sebanyak 21 peratus berbanding minggu sebelum ini.

“Selain itu, HIDE juga boleh dijadikan panduan kepada pemilik atau pengusaha premis untuk mengambil langkah proaktif bagi mencegah dan melindungi premis masing-masing daripada menjadi pusat penularan jangkitan COVID-19.

Jelasnya, antara intervensi awal yang dilakukan menerusi HIDE adalah menghantar notifikasi kontak kasual menerusi aplikasi MySejahtera, kawalan pergerakan pengunjung dengan lebih ketat, menghalang kemasukan pengunjung dengan status berisiko tinggi seperti yang terpapar di aplikasi MySejahtera, mewujudkan sistem gelembung tempat kerja dan susunan bekerja dari rumah serta melakukan ujian saringan secara massa ke atas pekerja.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

481
Kongsi :
Previous post Korban tak pulang beraya kerana COVID-19
Next post The Minangkabau Press: Expressions of Kemadjoean, Kaum Muda and Kaum Tua in the Sumatra Westkust
Ubah saiz-+=