Kompleks Perahu Layar dinaik taraf, beri tumpuan SUKMA

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

GADEK 12 Mac – Kerajaan Negeri akan menumpukan pembaikan semula Kompleks Perahu Layar sebagai persediaan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) menjalani latihan di kawasan itu.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata, bangunan itu merupakan antara tumpuan Kerajaan Negeri bagi menaik taraf fasiliti sedia ada di Melaka sebagai persediaan atlet mendepani sukan dwi tahunan itu.

Jelasnya, setakat ini permohonan untuk peruntukan daripada Kerajaan Pusat telah dilaksanakan membabitkkan kos sebanyak RM 7.6 juta bagi keseluruhan fasiliti SUKMA di Melaka.

“Kita melaksanakan permohonan sebanyak RM4 juta bagi membaik pulih kompleks terbabit seperti dom perahu layar selain apa yang kita dapati adalah kerosakan lain seperti bumbung dan sebagainya perlu diperbaiki selewat lewatnya pada tahun hadapan.

“Perkara ini akan di beri perhatian bagi memastikan atlet mampu menjalankan latihan mereka di kompleks itu di mana ia merupakan lokasi kedua terbesar di Malaysia selepas Langkawi, Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Bencana Bersama Komuniti Di Kawasan Dun Gadek diadakan di Balai Raya Kampung Gadek, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim.

82c6039b-9c11-444d-b4c6-dd18149028ca
Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri VP Shanmugam mengadakan sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutup Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Bencana Bersama Komuniti di Balai Raya Kampung Gadek, Alor Gajah. Foto: MR. AZLI

Terdahulu dalam program diadakan itu seramai 60 warga komuniti kampung itu telah menyertai program pendedahan ilmu asas pertolongan cemas dan penyelarasan rawatan awal dan bantuan yang sewajarnya ketika situasi banjir berlaku.

Mengulas lanjut, Shanmugam berkata, kemudahan fasiliti SUKMA akan diberi perhatian bagi memastikan kemudahan itu dapat menjamin atlet menjalani latihan dengan selesa dan kondusif.

Katanya, beberapa lokasi lain turut diberi tumpuan malah fasiliti sukan am di negeri ini juga akan dibaiki membabitkan kawasan kawasan perkampungan dan penempatan.

“Kita ingin lahirkan atlet muda maka fasiliti di kampung kena naik taraf semula, contohnya jika mereka (anak muda) mahu main sepak takraw maka ia perlu ada satu gelanggang yang selesa untuk mengasah bakat mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2192
Kongsi :
Previous post Isu kelas padat, kerusi meja tidak cukup akan diselesaikan segera – Exco
Next post Kampung Siaga diperluaskan beri kesedaran kecemasan banjir
Ubah saiz-+=