Komuniti Hab kenal pasti keperluan penduduk

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

DURIAN TUNGGAL 20 Sept. – Pelaksanaan Projek Komuniti Hab Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) usaha mengenalpasti keperluan dan kecenderungan masyarakat di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, ia secara tidak langsung menyemai kesedaran orang ramai pentingnya nilai kesejahteraan dalam masyarakat.

“Inisiatif utama Komuniti Hab ini bagi memperkasa komuniti tempatan agar lebih sejahtera, inklusif dan berkualiti selaras dengan Dasar Komuniti Negara dan Agenda Mampan 2030.

“Ia menjurus kepada komuniti B40 yang menetap di kawasan bandar yang mana menjadi ruang tumpuan menghubungkan komuniti yang tinggal di kawasan kejiranan sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Komuniti Hab di Taman Murai Jaya, hari ini.

Hadir sama, Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin, barisan Pengerusi Jawatankuasa Negeri dan lain-lain kenamaan.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan.

Jelas Sulaiman, Komuniti Hab berfungsi mengkiut keperluan komuniti setempat selain kemudahan yang disediakan mengikut keperluan masyarakat.

“Ia dilaksanakan dengan kolaborasi jabatan kerajaan atau syarikat swasta yang dilantik seperti Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan lain-lain.

“Pangsapuri Murai Jaya dipilih sebagai lokasi pelaksanaan Komuniti Hab di Melaka dan merupakan projek pertama di luar Daerah Lembah Klang, Selangor,” katanya lagi.

Views:

568
Kongsi :
Previous post PBT perlu wujud satu Komuniti Hab – Zuraida
Next post Buang pelitup muka dalam tong sampah
Ubah saiz-+=