PBT perlu wujud satu Komuniti Hab – Zuraida

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

DURIAN TUNGGAL 20 Sept. – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini perlu mewujudkan sekurang-kurangnya satu Komuniti Hab di kawasan pentadbiran masing-masing.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamarrudin berkata, ia bagi membudayakan komuniti yang berdaya saing di kawasan tersebut.

“Di Melaka Taman Murai Jaya adalah yang pertama dilaksanakan sekali gus mewujudkan komuniti yang holistik.

“Komuniti Hab ini lambang komitmen kerajaan untuk meneruskan agenda dan memberi penekanan kepada golongan miskij bandar, asnaf dan B40,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Komuniti Hab di Pangsapuri Murai Jaya, hari ini.

Jelasnya, ia mampu membudayakan masyarakat setempat dalam menjaga keselamatan, kebersihan dan meningkatkan pelajaran anak-anak.

“Di Melaka terdapat rakan strategik bagi mengenalpasti tempat-tempat yang boleh diwujudkan sebagai Komuniti Hab.

“Ini penting untuk pembangunan negara, kalau kita boleh tingkatkan imej kualiti hidup dalam kalangan penduduk B40 dan sebagainya, ia dapat melonjakkan imej negara dan rakyat yang berkualiti,” katanya.

Hadir sama Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan; Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Shadan Othman.

Projek Komuniti Hab itu turut menyediakan kemudhan seperti perpustakaan mini, pertanian bandar, Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH), ‘art plaza’, dan inisiatif projek rendah karbon (pemberian basikal) buat komuniti.

Views:

554
Kongsi :
Previous post Hakisan Pantai Puteri bertambah teruk akibat air pasang besar
Next post Komuniti Hab kenal pasti keperluan penduduk
Ubah saiz-+=