Kongsi rezeki cucur udang

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 10 April – Kesungguhan suami isteri warga emas yang sanggup berpanas menjual cucur udang mendapat perhatian apabila ada individu tampil menempah kesemua juadah itu untuk dikongsikan kepada orang ramai.

Meskipun cucur udang itu tidak ditempah setiap hari, namun tampahan sebanyak 200 keping setiap kali diminta pemilik bengkel Shikh Muhammad Makhdad Haron, 40, melegakan pasangan warga emas berkenaan.

Menurut Shikh Muhammad Makdad atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah, dia bukan sahaja menempah kuih itu namun turut mengajak pasang berkenaan ke kediamannya bagi menyediakan hidangan itu sebelum diagihkan secara percuma.

“Penduduk taman atau sesiapa yang ingin rasakan cucur udang boleh dapatkan percuma secara pandu lalu, bagi saya cara ini memudahkan.

“Walaupun saya tidak lakukannya setiap hari namun sambutan diterima amat menggalakkan, ramai yang gemar cucur udang untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

“Pendekatan ini dibuat bukan sahaja untuk membantu warga emas itu tetapi dapat berkongsi rezeki dengan ramai orang walaupun ia tidaklah seberapa,” katanya.

Dia yang aktif melakukan kerja-kerja kebajikan berkata, selain pemberian cucur udang itu dia turut bercadang untuk memasak masak lemak rebung secara rewang untuk diagihkan kepada orang ramai.

“Kebiasaan pada Ramadan orang akan sediakan bubur lambuk untuk diagihkan tetapi kita mencari sedikit kelainan dengan menyediakan masak lemak rebung.

“Kali ini kita tidak masak bubur lambuk seperti kebiasaan kerana sudah banyak tempat yang adakan.

“Jadi saya buat sedikit kelainan sediakan hidangan ini dan kita akan buat secara gotong royong,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1931
Kongsi :
Previous post Lafaz cerai Puteri Sarah 18 April ini
Next post Penjawat awam terima gaji, bantuan kewangan selewatnya 14 April – PM
Ubah saiz-+=