Kontinjen Melaka johan keseluruhan penulisan kreatif

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 9 November – Kontinjen Negeri Melaka dinobatkan juara keseluruhan Pertandingan Penulisan Kreatif Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Peringkat Kebangsaan 2022, baru-baru ini.

Melaka diumumkan sebagai jura keseluruhan pertandingan selepas 11 murid dan pelajar mewakili negeri ini menjadi juga kategori penulisan esei, cerpen dan syair.

Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, Khairiman Khazali berkata, markah terkumpul melayakkan kontinjen Negeri Melaka menjadi juara keseluruhan.

“Antara objektif pertandingan adalah untuk membuka ruang lebih besar kepada murid dan pelajar pelbagai kaum menyertai aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris.

“Ini juga dapat menyokong selain mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris di sekolah, sekali gus merealisasikan program dasar MBMMBI.

“Sebanyak lima pertandingan diadakan iaitu menulis cerpen, menulis esei, mengarang sajak dan ‘essay writing & poetry writing,” katanya pada pertandingan berkenaan di Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Teknik Menulis Esei Negeri Melaka Mohd Hairie Abdullah dan Pengerusi Teknik Menulis Cerpen Negeri Melaka, Ezwafahmy Ahmad Kusaini.

Pertandingan penulisan kreatif ini juga melibatkan empat kategori utama, iaitu sekolah rendah, menengah rendah, menengah atas dan tingkatan enam.

Ia dianjurkan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kelolaan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2550
Kongsi :
Previous post PRU15: Anak muda bantu lancarkan gerak kerja BN Melaka
Next post Pelancongan desa di Tangga Batu diperkasa
Ubah saiz-+=