Sorting by

×

KONVOI KASIH RAMADAN TANDA KASIH KEPADA INSAN MEMERLUKAN

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

TANJUNG BIDARA 8 Mac – Hampir 200 beg bantuan makanan termasuk kit makanan diagihkan kepada asnaf terpilih menerusi Program Konvoi Kasih Ramadan di dalam Parlimen Masjid Tanah, hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, konvoi khas bersempena bulan Ramadan itu adalah inisiatif Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah.

Katanya, kumpulan konvoi ini akan bergerak ke lima kawasan dewan undangan negeri (DUN) iaitu Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Lendu, Ayer Limau dan Taboh Naning bagi menyantuni asnaf yang memerlukan.

“Konvoi khas ziarah kasih Ramadan diadakan adalah antara menifestasi tanda kasih dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

“Sepanjang konvoi ini Wanita UMNO akan mengedarkan sebanyak 100 beg bantuan makanan manakala Puteri UMNO pula menyumbangkan 90 kit makanan kepada asnaf-asnaf yang sudah dikenal pasti,” katanya.

Ab Rauf berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Konvoi Kasih Ramadan Anjuran Wanita UMNO Bahagian Masjid Tanah, di Villa D’Acqua, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah; Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka Abdul Hakim Abdul Wahid; Ketua Wanita UMNO Bahagian Masjid Tanah Siti Kalthom Ahmad dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah Nurul Amirah Mohd Yusof.

Menurut Ketua Menteri, sepanjang sesi itu, sebanyak 15 buah rumah asnaf akan dikunjungi peserta konvoi untuk menyampaikan sumbangan dan menyantuni ahli keluarga terbabit.

“Dengan bantuan yang disalurkan ini, diharap akan membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan memerlukan sekaligus dapat membolehkan mereka mengukir senyuman dalam menunaikan ibadah berpuasa dalam bulan mulia ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post MENARA TAMING SARI AGIH 300 BUBUR LAMBUK PERCUMA
Next post MASJID SULTAN IBRAHIM ‘BERCAHAYA’ SEPANJANG RAMADAN