Sorting by

×

MASJID SULTAN IBRAHIM ‘BERCAHAYA’ SEPANJANG RAMADAN

Masa Membaca:56 Saat

TANJUNG BIDARA 8 Mac – Masjid Sultan Ibrahim di Kampung Ayer Hitam Pantai, di sini, meriah dengan pelbagai program keagamaan sepanjang Ramadan.

Pengerusi masjid berkenaan, Clr. Shamsul Bahrain Haron memaklumkan, pelbagai program telah dirangka setiap hari sepanjang Ramadan, antaranya program Taqarrub Ramadan dan tadarus al-Quran.

Istimewanya, beliau memaklumkan, pada setiap hari juga akan diadakan kuliah bersilih ganti bermula dari selepas solat subuh sehingga selepas tarawih.

“Selain itu, setiap hari juga kariah lelaki dan wanita di masjid ini akan bertadarus al-Quran, di mana kariah wanita akan bertadarus setiap hari dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi, manakala kariah lelaki pada selepas zohor dan tarawih.

“Alhamdulillah solat tarawih di masjid ini juga dipenuhi jemaah pelbagai lapisan umur sejak awal Ramadan lalu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20250308 084021 576
SHAMSUL BAHRAIN

Menurut Shamsul Bahrain, menjelang 10 hari terakhir Ramadan, pihak masjid juga akan mengadakan Qiamullail untuk anak kariah merebut ganjaran pahala sebelum tiba hari kemenangan.

Jelasnya, Qiamullail itu tidak hanya diadakan pada malam ganjil, sebaliknya ia diadakan pada setiap hari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8
Kongsi :
Previous post KONVOI KASIH RAMADAN TANDA KASIH KEPADA INSAN MEMERLUKAN
Next post MCORP PERGIAT PROMOSI TARIK PELABUR KE TAMAN TEKNOLOGI JERMAN