Korban erat ukhuwah masyarakat kampung tengah bandar

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Julai – Walaupun terletak di kawasan bandar, semangat kerjasama di antara masyarakat Kampung Mata Kuching dapat dilihat menerusi program korban berkelompok sempena Aidiladha tahun ini.

Program anjuran Surau At-Taqwa serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Mata Kuching itu bukan sahaja disertai golongan dewasa, bahkan turut melibatkan anak muda.

Menurut Pengerusi Surau At-Taqwa Sharif Yusof, 56, seramai hampir 200 peserta terlibat pada program yang diadakan secara bergotong-royong itu.

“Tahun ini, sebanyak lapan ekor lembu dan seekor kambing ditumbangkan oleh penduduk kampung dan peserta luar yang mana ia diadakan dengan kerjasama semua penduduk kampung ini dan kampung sekitar.

“Alhamdulillah semangat kerjasama yang ditunjukkan cukup baik yang mana semua yang terlibat membantu sejak dari awal pagi bagi mempermudahkan perjalanan ibadah tahun ini.

“Insya-Allah, kita bercadang untuk menjadikan acara korban ini sebagai acara tahunan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara masyarakat kampung,” katanya kepada pemberita pada program berkenaan.

817e6a21-8d36-469c-85ba-9f6ebb4ec640
ANTARA petugas Korban Berkelompok anjuran Surau At-Taqwa dan JPKK Kampung Mata Kuching.

Terdahulu, program itu telah dirasmikan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Selain pengagihan daging korban, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada lima asnaf di kampung tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1579
Kongsi :
Previous post Kesihatan Abdul Hadi merosot – Anak
Next post Lembu ‘sado’ 730 kg antara korban di Karnival Qorban House
Ubah saiz-+=