
Kesihatan Abdul Hadi merosot – Anak
KUALA TERENGGANU, 1 Julai – Kesihatan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital.
Perkara itu dimaklumkan anak beliau Muhammad Khalil Abdul Hadi, menerusi hantaran di laman Facebooknya pagi ini.
“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya.
Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu berkata Abdul Hadi sememangnya dalam keadaan uzur, sewaktu hadir ke pelancaran jentera pilihan raya Pemuda PAS Terengganu di Marang pada 27 Jun lalu.
Beliau berkata walau bagaimanapun Ahli Parlimen Marang itu, tetap menggagahkan dirinya untuk hadir.
“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya lagi.
Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan lokasi hospital Abdul Hadi dirawat, namun beliau sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk menerima rawatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SHELTER MERLIMAU TANGANI ISU HAIWAN TERBIAR MELAKA
MERLIMAU 19 Jun - Shelter Merlimau iaitu pusat perlindungan haiwan berlesen pertama di Melaka diyakini mampu menangani pelbagai isu melibatkan...
TELOK MAS DAPAT PROJEK INFRASTRUKTUR LEBIH RM10 JUTA
TELOK MAS 19 Jun - Projek infrastruktur bernilai lebih RM10 juta bakal dinikmati rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DEMI TELOK MAS, 479 ASNAF DISANTUNI
TELOK MAS 19 Jun - Seramai 479 golongan asnaf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas disantuni dan diraikan pada...
STPM 2025: MELAKA CATAT PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN
TELOK MAS 19 Jun – Melaka terus mengukuhkan reputasinya dalam bidang pendidikan apabila mencatat pencapaian membanggakan dalam peperiksaan Sijil Tinggi...
WRUR TELOK MAS: MAIM TURUN PADANG, BAWA SINAR HARAPAN UNTUK ASNAF
TELOK MAS 19 Jun - Menyelami sendiri kesusahan dan keperluan rakyat terus menjadi keutamaan Kerajaan Negeri apabila seramai 10 penerima...
LTAM SEDIA TERIMA LEBIH BANYAK PENERBANGAN BAHARU – KM
KESIDANG 19 Jun - Kecekapan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam membuktikan kemudahan itu bersedia menerima pertambahan...
