Madrasah Tahfiz Ulum An-Nur kongsi rezeki agih daging korban

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

TABOH NANING 1 Julai – Madrasah Tahfiz Ulum An-Nur, Kampung Bukit Payung mengambil inisiatif berkongsi rezeki dengan melaksanakan ibadah korban di madrasah itu, hari ini.

Pengasasnya, Dr. Mazlan Ahmad berkata ia dilaksanakan menerusi Program Qurban 2023 Masyi Care Sdn Bhd melibatkan sebanyak 12 ekor lembu yang telah dikorbankan.

“Alhamdulillah, kita membuat ibadah korban tahun ini untuk diagihkan kepada penduduk sekitar, masyarakat Orang Asli, rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua dan madrasah di kawasan ini.

“Ini adalah kali pertama diadakan, hasrat kita mahu membantu mereka yang memerlukan sekali gus berkongsi rezeki.

“Jadi kita membawa beberapa rakan korporat seperti Masyi Care dan lain-lain agar dapat bantu menyumbangkan lembu untuk dikorbankan pada hari ini,” katanya.

IMG_8775
Pengasas Madrasah Ulum An-Nur, Dr. Mazlan Ahmad menyampaikan agihan daging korban sempena Program Qurban 2023 Masyi Care Sdn Bhd di Madrasah Tahfiz Ulum An-Nur, Kampung Bukit Payung. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas program berkenaan yang diadakan di madrasah berkenaan di sini, hari ini.

Ujarnya, pihaknya juga akan mengadakan program yang sama pada tahun hadapan dengan menyasarkan sebanyak 100 ekor lembu yang akan dikorbankan.

“Insya-Allah tahun hadapan kita buat lebih banyak lagi, sebab kita mahu berikan daging korban ini kepada lebih ramai masyarakat di negeri ini.

“Dan kita akan buat penyembelihan di madrasah ini juga sebab segala kelengkapan sudah ada di sini,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1314
Kongsi :
Previous post Lebih 100 pempamer bantu promosi Melaka di Festival TMM2024
Next post Kesihatan Abdul Hadi merosot – Anak
Ubah saiz-+=