Lebih 100 pempamer bantu promosi Melaka di Festival TMM2024

Masa Membaca:57 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Julai – Lebih 100 pempamer terdiri daripada ejen pelancongan, wakil hotel dan operator produk pelancongan bakal terlibat pada Festival Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), 14 hingga 16 Julai ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, festival selama tiga hari yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang Kuala Lumpur itu adalah bertujuan mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Katanya, pada festival itu kesemua produk pelancongan Melaka akan dipamerkan, selain turut memperkenalkan pakej promosi pelancongan daripada ejen-ejen pelancongan terlibat.

“Di festival ini, pengunjung boleh mendapat tawaran pakej istimewa yang disediakan ejen pelancongan terlibat.

“Selain itu, kita juga bakal memperkenalkan satu lagi produk baharu iaitu belon udara panas yang akan kita pamer dan ketengahkan pada TMM2024 itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Program Korban Berkelompok anjuran Surau At-Taqwa serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Mata Kuching, di sini, hari ini.

FB_IMG_1688187016839

Jelas Abdul Razak, Festival TMM2024 itu akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi, 14 Julai ini pada jam 8 malam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1410
Kongsi :
Previous post Melaka anjur Kenduri Muhibah, rai semangat perpaduan
Next post Madrasah Tahfiz Ulum An-Nur kongsi rezeki agih daging korban
Ubah saiz-+=