Melaka anjur Kenduri Muhibah, rai semangat perpaduan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Julai – Melaka bakal menganjurkan Kenduri Muhibah sempena menyambut ketibaan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, program yang dirancang pada Ogos depan akan diadakan di Jalan Harmoni atau dahulu dikenali sebagai Jalan Tukang Emas, Kota Laksamana.

Jelasnya, program julung kali itu bertujuan meraikan kepelbagaian kaum, selain menunjukkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat negeri ini.

Menurutnya, antara pengisian program berkenaan ialah program gotong-royong melibatkan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.

“Pemilihan Jalan Harmoni adalah kerana ini merupakan satu-satunya jalan di Melaka yang terdapat tiga rumah ibadat iaitu masjid, tokong dan kuil.

“Jadi menerusi Kenduri Muhibah ini, setiap kaum akan adakan acara keagamaan masing-masing, contohnya, masyarakat Melayu dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat, sebelum ia diakhiri dengan makan beramai-ramai melibatkan semua kaum yang terlibat.

“Kita merancang setiap kaum juga terlibat dalam penyediaan makanan sepanjang program itu berlangsung,” katanya.

3e3576ae-e256-43a0-b227-ae66aa2230fc
ABDUL Razak

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Program Korban Berkelompok anjuran Surau At-Taqwa serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Mata Kuching, di sini, hari ini.

Menurut Abdul Razak, disasarkan lebih 2,000 masyarakat berbilang kaum akan hadir pada Kenduri Muhibah yang akan dianjurkan itu nanti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1209
Kongsi :
Previous post ‘No Right Turn’ akan dinilai dari pelbagai sudut – Exco
Next post Lebih 100 pempamer bantu promosi Melaka di Festival TMM2024
Ubah saiz-+=