Lembu ‘sado’ 730 kg antara korban di Karnival Qorban House

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KESIDANG 1 Julai – Seekor lembu sado seberat 730 kilogram antara 58 gelagat haiwan korban yang mencuri tumpuan pada Karnival Melaka Qorban House 1444H / 2023, di Surau Al Hikmah, Taman Seri Pandan, lorong di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, 52 ekor lembu ditumbangkan manakala lagi enam lagi adalah kambing sekali gus menjadikan jumlah korban itu tertinggi di Melaka setakat ini.

Karnival terbabit turut mendapat penganjuran bersama pelbagai agensi, individu dan persatuan bagi mengimarahkan lagi sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Tinjauan Melaka Hari Ini di surau tersebut mendapati orang ramai, penduduk dan masyarakat setempat yang beragama Islam tidak melepaskan peluang untuk bergotong-royong melaksanakan ibadah korban itu.

Upacara penyembelihan kesemua ternakan korban terbabit bermula seawal jam 12.30 tengah pagi tadi ekoran melibatkan haiwan korban yang banyak.

20d05a9f-b8df-4055-88d4-2ba6401c21a5
KERJA melapah daging korban

Dalam kemeriahan itu, suasana menjadi cemas apabila seekor lembu yang mahu ditambat untuk penyembelihan terlepas dan melarikan diri kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Lembu berkenaan bagaimanapun ditemui semula kira-kira 500 meter dari lokasi penyembelihan dan

situasi itu berjaya dikawal dengan segera serta tidak melibatkan kerosakan harta benda mahupun kemalangan jiwa.

Hasil keseluruhan korban menerusi karnival itu, sebanyak 5,500 bungkus daging korban diagihkan kepada peserta yang terlibat, asnaf, penduduk dan masyarakat setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1640
Kongsi :
Previous post Korban erat ukhuwah masyarakat kampung tengah bandar
Next post Orang Melaka sambut baik gaji minimum RM1,500
Ubah saiz-+=