KPDN Melaka serbu restoran sorok gula, minyak peket

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

ALOR GAJAH – Tindakan sebuah restoran di Pusat Perniagaan Jelatang, di sini, menyorokkan lebih 550 kilogram gula pasir dan minyak masak peket terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka hari ini.

Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 1 petang di premis itu susulan pihaknya menerima aduan berhubung kegiatan dijalankan premis berkenaan.

Katanya, berikutan itu aduan, pihaknya menjalankan penyamaran dan risikan terhadap premis terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis ini menyorok barang kawalan iaitu lebih 300 kilogram gula pasir bersubsidi dan juga 250 minyak masak peket satu kilogram yang disorokkan di tangga dan stor tingkat satu bangunan premis tersebut.

“Semakan juga mendapati premis gagal mengemukakan sebarang dokumen permit kebenaran menyimpan barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Macam minyak masak yang dirampas ini, ia sebenarnya adalah hak subsidi yang boleh digunakan untuk 133 isi rumah dan bukannya bagi tujuan perniagaan,” katanya ketika kepada pemberita.

Img 2131
NORENA

Berikutan itu beliau berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti sumber bekalan minyak masak itu diperoleh.

“Mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 telah mewajibkan mana-mana pihak bagi tujuan perdagangan yang membeli dan menyimpan minyak masak melebihi 12 kg perlu memiliki permit daripada KPDN.

“Pemegang permit hanya boleh mendapatkan bekalan minyak masak tidak bersubsidi daripada pemborong berlesen yang sah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4838
Kongsi :
Previous post Garisan bercahaya dalam gelap pada tiga jalan di Melaka
Next post Rombakan Kabinet mantapkan kedudukan Kerajaan Madani
Ubah saiz-+=