KRT RCB takluk kejohanan sepak takraw DUN Ayer Limau

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

PAYA LEBAR 30 Jan – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Ramuan China Besar (RCB) memonopoli Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Piala YB Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Program anjuran Jawatankuasa Penyelaras Pemuda UMNO Dewan Undangan (DUN) Ayer Limau membabitkan 19 pasukan dari seluruh DUN terbabit membuka penyertaan kategori terbuka dalam kejohanan diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah, sejak awal pagi tadi.

Pada pertaruhan separuh akhir, tiga pasukan RCB termasuk satu pasukan dari Taman Sri Aman, Masjid Tanah berjaya menempa nama dalam aksi regu edisi sulung kali ini.

Dalam kejohanan itu, KRT RCB (D) dinobatkan sebagai juara diikuti pasukan Taman Sri Aman sebagai naib juaranya manakala KRT RCB (A) memenangi tempat ketiga dan KRT RCB (C) dari kampung sama berada di tangga keempat.

PASUKAN Taman Sri Aman, Masjid Tanah merangkul Naib Juara Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Piala YB Hameed Mytheen Kunju Basheer

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, program seumpama itu akan diadakan berterusan bagi memperkasa peranan belia dalam kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pelbagai program rekreasi dan riadah akan dianjurkan selepas ini sekali gus mampu memberi galakan anak muda dalam aktiviti sukan yang berfaedah.

“Penganjuran seperti ini juga akan memberi peluang kepada anak muda untuk berkongsi pendapat malah merapatkan jurang antara kepimpinan yang ada dalam DUN ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

KEJOHANAN Sepak Takraw Antara Regu Piala YB Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Pada masa sama, Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO DUN Ayer Limau, Khairul Anwar Mansol, 42, berkata, program sedemikian memberi manfaat kepada golongan muda kawasan bagi membangunkan bakat anak muda dalam bidang sukan.

“Alhamdulillah, program julung kali diadakan selepas bertahun berdepan cabaran pandemik COVID-19 akhirnya diadakan dan dapatlah mereka yang berbakat ini melepaskan ‘rindu’ dalam bidang sukan yang diminati.

“Insyallah, kita akan cuba membangunkan pelbagai aktiviti berfaedah buat anak muda dalam DUN Ayer Limau tahun ini yang bukan saja menjurus pada sukan selain pendidikan dan pelbagai lagi bagi memperhebat peranan belia kawasan ini,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1068
Kongsi :
Previous post ADUN UMNO nafi dakwaan tarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Kedah
Next post Bekas Pengerusi Bernama Abdul Rahman Sulaiman meninggal dunia
Ubah saiz-+=