Kumpul 1,913 kg sisa elektronik dalam sehari

Masa Membaca:56 Saat

ALOR GAJAH 23 Okt. – Sebanyak 1,913 kilogram (KG) sisa elektronik dikumpulkan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menerusi Kempen Pengumpulan Barang Elektronik Terpakai yang diadakan selama sehari pada Rabu di Pusat Teknologi Hijau dan Inovasi MPAG (AGGC).

Antara sisa elektronik yang dikumpulkan adalah televisyen, komputer, radio dan beberapa bahan elektronik lain.

Kempen itu diadakan bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat negeri turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka; Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan SWM Environment Sdn. Bhd., (SWM).

Tujuan kempen adalah bagi memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menguruskan sisa elektronik dengan betul tanpa memudaratkan alam sekitar.

Kaedah pelupusan yang betul dan selamat perlu mengikut Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Sisa elektronik tidak boleh dilupuskan bersama sisa pepejal harian yang lain berikutan kandungan bahan kimia dan logam berat berbahaya pada barangan elektronik sebaliknya perlu dilupuskan di tapak pelupusan khas.

Sehubungan itu, AGGC yang terletak di perkarangan pejabat MPAG akan dibuka setiap hari Khamis bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi membolehkan orang ramai menghantar sisa elektronik, barangan kitar semula dan minyak masak terpakai.

Views:

1073
Kongsi :
Previous post KM hadir Majlis Bacaan Yassin bersama warga PDRM di Seri Bendahara
Next post Kilang fucuk goreng diserbu
Ubah saiz-+=