
KWSP umum dividen 5.50 peratus bagi simpanan konvensional. 5.40 peratus simpanan syariah
KUALA LUMPUR, 3 Mac – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.50 peratus bagi simpanan konvensional dengan jumlah agihan sebanyak RM50.33 bilion.
KWSP juga mengumumkan dividen 5.40 peratus untuk simpanan syariah dengan jumlah agihan sebanyak RM7.48 bilion membawa kepada keseluruhan jumlah agihan pendapatan bagi 2023 sebanyak RM57.81 bilion.
Dana simpanan persaraan itu berkata bagi tahun berakhir 31 Disember, 2023, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM66.99 bilion, meningkat 29 peratus berbanding RM51.91 bilion pada 2022.
“Daripada RM66.99 bilion jumlah pendapatan pelaburan, RM5.72 bilion dijana daripada keuntungan mark-to-market (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan dan tidak akan menjadi sebahagian daripada pengagihan dividen.
“Adalah menjadi amalan berhemat KWSP membayar dividen hanya daripada pendapatan yang direalisasikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
–BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
