Laluan baharu Ayer Limau tambah baik sistem pengangkutan awam – KM

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 14 Mac – Panorama Melaka Sdn. Bhd. (PMSB) akan memasukkan perancangan pembukaan laluan baharu di beberapa kawasan di Negeri Melaka termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau bagi Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST).

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata SBST diperkenalkan bagi memastikan sistem pengangkutan awam di Negeri Melaka ditambah baik dan lebih efektif.

“Skim SBST merupakan satu inisiatif skim dana peruntukan yang lebih lengkap dan komprehensif oleh Kementerian Pengangkutan (MoT) yang menyediakan jumlah bas lebih banyak iaitu 64 hingga 70 buah.

“Penyediaan bas ini turut melibatkan penggunaan bas elektrik selain jumlah laluan yang lebih banyak iaitu lebih kurang 25 laluan (tertakluk kepada kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan MoT),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bagi Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka ‘Mengupaya Potensi, Memacu Kemakmuran Negeri’ pada Persidangan Pertama, Pengggal Kedua, hari kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM150 juta dalam Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani bagi memperluas pelaksanaan program SBST merangkumi Bandaraya Melaka, Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1403
Kongsi :
Previous post Ketua Menteri ketuai Sekretariat Khas TMM2024
Next post Melaka terima nilai FDI, DDI tertinggi pada 2022 – KM
Ubah saiz-+=