
Lapor JAPERUN jika tiada capaian internet
RIM 14 Jun – Penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim boleh membuat laporan sekiranya kawasan mereka masih belum menerima capaian internet.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, laporan itu boleh terus dibuat di Kompleks JAPERUN Rim untuk tindakan diambil.
Beliau yang juga Timbalan Speaker DUN berkata, pihaknya juga akan terus berhubung dengan Telekom Malaysia (TM) sekiranya terdapat keperluan menambah menara telekomunikasi di kawasan itu.
Beliau berkata demikian selepas menerima aduan mengenai masalah capaian internet di Kampung Chenderah, di sini, baru-baru ini.
“Tempoh hari saya menerima aduan bahawa Kampung Chenderah kurang mendapat capaian internet dan saya telah berhubung dengan pihak TM bagai memantau capaian jalur lebar di kawasan itu.
“Pihak TM telah memaklumkan kepada saya bahawa sebahagian besar Kampung Chenderah telah menerima capaian internet.
“Namun, jika ada mana-mana rumah yang masih belum mendapat capaian internet, saya mohon untuk anda maklum dan laporkan di JAPERUN Rim,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
