Laporan kebakaran kabel TNB bawah Jambatan Pulau Pinang telah siap

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

GEORGE TOWN 4 Mac. – Laporan lengkap kebakaran kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Km 3.2 yang terbakar minggu lepas telah siap sepenuhnya dan dihantar kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Mokhtar berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti punca sebenar kejadian kebakaran kabel itu, namun menyerahkan kepada TNB untuk mendedahkan perkara tersebut.

“Laporan kebakaran itu telah siap sepenuhnya dan hasil ujian makmal yang dijalankan juga mendapati kejadian tersebut tiada unsur khianat namun saya tidak boleh mendedahkan punca sebenar kejadian…biarlah pihak TNB yang maklumkan (punca kebakaran),” katanya kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Jalan Perak, di sini hari ini.

Kabel elektrik 132kV dari Pencawang Masuk Utama Bukit Tengah ke Bayan Mutiara di bawah Jambatan Pulau Pinang di Km 3.2 itu, dilaporkan terbakar kira-kira jam 4 petang pada 22 Februari lalu sehingga menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua hala jambatan berkenaan.

Pihak bomba bersama Pasukan Tindakan Kecemasan Jambatan Pulau Pinang terpaksa menggunakan bot ke lokasi kebakaran untuk memadam api dari bawah berikutan ia melibatkan kabel elektrik di bawah jambatan terbabit.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

444
Kongsi :
Previous post Kadar pematuhan pembinaan SOP rendah, pemaju perlu bertanggungjawab
Next post Penganggur didakwa sebabkan kematian semasa memandu dalam keadaan mabuk
Ubah saiz-+=