
Larangan import lembu, kerbau dari Thailand ditarik balik – JPV
PUTRAJAYA 16 Mac – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menarik balik larangan import lembu dan kerbau dari Thailand berkuatkuasa serta merta bermula hari ini.
Menerusi satu kenyataan JPV memaklumkan tindakan itu telah dipersetujui antara JPV Malaysia dan Jabatan Pembangunan Ternakan Thailand (DLD) selepas haiwan bagi tujuan pembiakan dan penyembelihan dari Thailand didapati terjangkit Lumpy Skin Disease (LSD).
Jelas JPV, keputusan itu dibuat setelah beberapa penambahbaikan dalam peraturan dan prosedur import dilakukan selain mengambil kira langkah-langkah mitigasi yang boleh diambil dalam negara bagi mengawal penyakit LSD.
“JPV memohon semua pemain industri termasuk pengimport, peraih dan penternak untuk memberi kerjasama dengan memastikan pembelian ternakan dari Thailand dibuat melalui pembekal yang sah dan berdaftar dengan DLD.
“Ini bertujuan memastikan segala prosedur dalam pengawalan penyakit LSD dapat dipatuhi dan mengelakkan dari ternakan berpenyakit masuk ke Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, JPV turut memberi jaminan tidak akan berlaku isu tiada bekalan ternakan lembu dan kerbau bagi keperluan penyembelihan Hari Raya Aidilfitri.
“Bekalan adalah mencukupi dan tidak akan terganggu,” kata kenyataan itu lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NAIK TARAF PENCAWANG ELEKTRIK PEMANGKIN PEMBANGUNAN SELANDAR
ASAHAN 31 Oktober - Penggunaan tenaga elektrik yang semakin meningkat susulan pembangunan semakin rancak sekitar Selandar, mendorong kepada penyediaan Bangunan...
IBU BAPA HARGAI SOKONGAN TOK HAMEED TERHADAP ANAK ISTIMEWA
AYER LIMAU 31 Oktober - Sokongan kepada keluarga yang membesarkan anak berkeperluan khas amat bermakna, terutama apabila kos penjagaan dan...
PRN MELAKA: HELMY BAWA ‘KAD PRESTASI’ KE GELANGGANG DUYONG
DUYONG 1 November - Rekod perkhidmatan sepanjang lima tahun lalu menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Noor Helmy...
PRN MELAKA: ‘AH SEM’ CALON NOMBOR 1 DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem atau lebih dikenali...
PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM
AYER KEROH 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya...
PRN MELAKA: 65 CALON LELAKI, 14 WANITA BERTANDING DI 28 KERUSI DUN
AYER KEROH 31 Oktober - Persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16...
