Larian amal PMM bantu badan kebajikan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

MERLIMAU 20 Dis – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Merlimau Melaka (PMM) melancarkan program larian amal secara dalam talian ‘National Virtual Run Fit’ sejauh 10 kilometer bermula 1 Dis 2021 sehingga 30 Jan 2022 depan.

Pengarah Program, Muhammad Alif Azri berkata program itu terbuka kepada seluruh rakyat dan ianya merupakan program kebajikan yang mana separuh daripada yuran dibayar peserta akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Walaupun dalam situasi COVID-19, masyarakat perlu menjaga atau memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan bertenaga dari segi mental dan fizikal.

“Selain memberi manfaat pada kesihatan, ia juga mudah untuk disertai iaitu hanya ke pautan https://bit.ly/3d20dP9 untuk pendaftaran dan buat larian dengan jarak 10 kilometer bersamaan 13,000 langkah bagi mendapatkan t-shirt, medal, bip dan e-sijil.

“Ini juga merupakan peluang kepada semua peserta untuk berlari sambil beramal kerana sebahagian kutipan yuran ini akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan di Negeri Melaka,” katanya kepada MHI.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Program Muhammad Fikri berkata aktiviti sukan khususnya berkaitan kesihatan sering diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar dan masyarakat setempat untuk menerapkan budaya gaya hidup sihat.

“Dengan adanya program seperti ini, masyarakat dapat memberi komitmen untuk menyertai mana-mana program larian walaupun hanya sekadar dalam talian, tetapi masih dapat menunjukkan semangat untuk kekal sihat.

“Diharap program ini dapat mengalakkan para pelajar dan masyarakat untuk terus sihat dan bertenaga walaupun menempuh pelbagai halangan atau cabaran semasa pandemik COVID-19 melanda negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1358
Kongsi :
Previous post Tidak pernah banjir, ini kali pertama
Next post Banjir – Johor hantar bantuan banjir melalui Southern Volunteers
Ubah saiz-+=