Lautan manusia bermunajat di Dataran Sejarah

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 13 Julai – Dataran Sejarah di Ayer Keroh dibanjiri 50,000 umat Islam sekali gus mencetuskan fenomena luar biasa pada program Melaka Munajat Bersama Tuan Guru Abdul Somad di sini, malam ini.

Pada program yang diadakan sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H itu mula dibanjir puluhan ribu pengunjung seawal jam 6.30 petang tadi yang mahu menunaikan solat berjemaah Maghrib dan Isyak.

Keterujaan orang ramai untuk mendengarkan ceramah agama disampaikan penceramah nusantara terkenal itu turut mengakibatkan kesesakan trafik sejauh lima kilometer daripada kawasan dataran berkenaan.

Acara Melaka bermunajat itu dimulakan dengan alunan selawat qasidah diketuai Ustaz Sayyid Arshid sebelum laungan azan Maghrib oleh Ustaz Abdul Karim Al-Makki.

Program diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah sebelum acara utama dimulakan dengan ceramai disampaikan oleh Ustaz Abdul Somad Batubara sempena Maal Hijrah.

IMG_9018
Suasana orang ramai yang hadir sempena program Melaka Munajat Bersama Tuan Guru Abdul Somad Sempena Maal Hijrah 1445H di Dataran Sejarah Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Ceramah anjuran Kerajaan Negeri itu kemudian dimulakan sebaik ketibaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam kira-kira jam 9.15 malam tadi.

Ketibaan Tun Mohd Ali diiringi Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Timbalannya, Rosli Abdullah.

Selain itu, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Datuk Kalsom Nordin; Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan serta tetamu lain.

Kehadiran pengunjung malam ini sekali gus melebihi sasaran awal yang sebelum ini menjangkakan program berkenaan mampu menarik kehadiran 20,000 hingga 25,000 pengunjung.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

11761
Kongsi :
Previous post STPM 2022: Wei Nee ‘top 20’ dalam Malaysia
Next post SWM buka kaunter ‘Mobile KITARecycle’ di Jalan Jonker
Ubah saiz-+=