
Lebih 100 rumah terjejas banjir, satu PPS dibuka
BANDARAYA Melaka 14 Ogos – Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan lebih 100 buah rumah di daerah Melaka Tengah di sini dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata PPS Dewan Japerun Pantai Kundor dibuka bermula jam 9.06 pagi tadi rumah kediaman mangsa mula terjejas banjir.
“Berdasarkan maklumat awal diterima, antara kawasan yang dinaiki air membabitkan 25 buah rumah di Kampung Pengkalan Rama, tujuh di Taman Elok, Taman Panglima (8), Taman Bukit Serindit (6) dan Kampung Pengkalan Rama Tengah (49).
“Turut terjejas banjir di Kampung Air Leleh membabitkan 12 buah rumah dan Banda Kaba yang melibatkan kira-kira 30 buah rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat sebenar jumlah mangsa yang terjejas dan akan memaklumkan perkembangan itu dari semasa ke semasa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
14 TAHUN BERJASA DENGAN MPAG, APC SUNTIK SEMANGAT ZURAIHA
BANDA HILIR 1 Julai – Pengorbanan termasuk bekerja hingga lewat malam dan mengekalkan disiplin yang tinggi menjadi pegangan Pembantu Tadbir...
PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN BERGERAK JADIKAN SENYUMAN LEBIH BERSERI
SERKAM 1 Julai - Komitmen untuk membudayakan amalan penjagaan gigi agar bersih, bersinar dan senyuman yang lebih berseri dalam kalangan...
KESIDANG LAHIR BELIA BERKUALITI DENGAN SUKAN
KESIDANG 1 Julai - Pelbagai kemudahan sukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang terus dinaik taraf bagi menyediakan ruang rekreasi...
APC IKTIRAF BAKTI PENJAWAT AWAM PERKASA PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 1 Julai – Pengalaman ditugaskan di pelbagai jabatan dan berani menyahut cabaran untuk mempelajari perkara baharu menjadi kunci...
POLIS MELAKA SUDAH BERSEDIA HADAPI PRN KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Polis Kontinjen Melaka melakukan persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. Ketua...
TERIMA KASIH TOK RAUF, RAKYAT PUAS HATI MAKAN DURIAN PERCUMA
ASAHAN 1 Julai - Inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh belanja durian secara percuma untuk penduduk di...
