
Lebih 21 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam
KUALA LUMPUR 2 Ogos – Sebanyak 21,200,473 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Februari hingga semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 14,247,659 menerima suntikan vaksin dos pertama dan 6,952,814 adalah dos kedua.
“Mengikut peratusan, 43.6 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, sementara 21.3 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 mereka,” menurut JKJAV.
Bagi vaksinasi harian pula sebanyak 480,122 dos diberikan semalam dengan 298,236 adalah pemberian dos pertama manakala 181,886 lagi dos kedua.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: MCMC, SPR PASTIKAN LIPUTAN INTERNET LANCAR, TIDAK JEJASKAN SISTEM OCR-VA
MACHAP JAYA 18 Oktober - Lokasi urusan pilihan raya yang pada awalnya dicadangkan di Dewan Penyayang, Lesung Batu ditukar ke...
BN SASAR SAPU BERSIH LIMA DUN ALOR GAJAH
MACHAP JAYA 18 Oktober- Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan di semua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Alor...
‘ JANGAN ADA DURI DALAM DAGING, GUNTING DALAM LIPATAN’ – AB RAUF
MACHAP JAYA 18 Oktober - Semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya mengetepikan kepentingan peribadi dan memberikan sokongan penuh...
DANA RAKAN MUDA RANCAKKAN AKTIVITI BELIA, SUKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Oktober – Persatuan belia dan penganjur sukan di negeri ini diseru untuk memanfaatkan peruntukan disediakan oleh Jabatan...
REKOD PRU LALU IKTIBAR BN PERKEMAS PERSIAPAN HADAPI PRN MELAKA
MACHAP JAYA 18 Oktober - Kemenangan Barisan Nasional (BN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak menjamin kejayaan di peringkat...
RUNDINGAN AKHIR TENTUKAN AGIHAN KERUSI BN DI LIMA DUN PARLIMEN ALOR GAJAH
MACHAP JAYA 18 Oktober - Rundingan akhir bersama parti komponen dan rakan strategik menjadi penentu agihan kerusi yang bakal ditandingi...

