
Warga emas didakwa lakukan amang seksual terhadap dua cucu
SEREMBAN 2 Ogos – Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua cucu perempuannya.
Lelaki berusia 62 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu ke atas cucunya yang berusia 10 dan lapan tahun dalam sebuah rumah di Felda dekat sini, pada 11 malam antara Ogos hingga September tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Diana Md Razali membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa dan menetapkan 2 Sept untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Harun manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: AB RAUF JAWAB ISU CALON RIM, SERAH PIHAK BERKUASA SIASAT
PENGKALAN BATU 3 November - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh menyerahkan kepada pihak...
PRN MELAKA: AB RAUF MAHU BETULKAN APA YANG DIWARISI
PENGKALAN BATU 3 November - Usaha memperbaiki kelemahan projek pembangunan yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu akan terus menjadi keutamaan sekiranya...
PRN MELAKA: BN ADA KECANTIKAN TERSENDIRI, TIDAK PERLU BURUKKAN LAWAN – AB RAUF
PENGKALAN BATU 3 November - Barisan Nasional (BN) perlu menonjolkan kekuatan dan keistimewaan sendiri dalam usaha meraih sokongan rakyat, tanpa...
KHIDMAT TOK HAMEED TAK KIRA PARTI POLITIK, PERBEZAAN AGAMA
AYER LIMAU 2 November - Atas dasar mahu menunaikan amanah, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N03 Ayer Limau Datuk...
‘SAYA JUGA PERNAH RASAI KEPAYAHAN SEBAGAI NELAYAN’ – ROSLI ABDULLAH
KUALA LINGGI 3 November - Membesar dalam komuniti nelayan, banyak membantu calon Barisan Nasional (BN) kerusi N01 Kuala Linggi, Datuk...
PRN MELAKA: KEROSAKAN BAHAN KEMPEN ANTARA TUJUH KES DISIASAT
AYER KEROH 3 November – Polis menerima lapan laporan dan membuka tujuh kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...

