Sorting by

×

LEBIH 4 DEKAD, ASAHAN TERUS JADI ‘RUMAH’ SILAT

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

ASAHAN 12 Mei – Seni persilatan Melayu terus subur di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menerusi kewujudan empat gelanggang silat yang bernaung di bawah Persatuan Seni Silat Kota Sendeng.

Persatuan seni silat yang wujud sejak tahun 1980-an itu berpangkalan di Taman Seri Asahan dan ia kemudiannya semakin meluas di seluruh DUN Asahan.

Guru silat persatuan itu, Rahim Rahman berkata, gelanggang berkenaan menjadi tempat untuk melatih anak-anak muda baik lelaki mahupun perempuan mendalami seni mempertahankan diri yang sinonim dengan masyarakat Melayu.

“Di bawah persatuan ini sahaja, ada lebih 200 orang anak muda yang merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah mempelajari seni silat ini.

“Niat kita adalah mahu seni ini terus dipertahankan dan tidak luput ditelan zaman,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pekan Asahan kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, selain mendalami seni silat, pelatih-pelatih di bawah persatuan itu juga turut dijemput membuat persembahan dalam pelbagai majlis keraian.

“Ini termasuklah dalam majlis-majlis kahwin, selain program-program yang diadakan di DUN Asahan, termasuklah pada program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR).

“Kami amat berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan kerana sentiasa memberi sokongan dan menyanjung tinggi kegiatan silat ini di DUN Asahan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

500
Kongsi :
Previous post PASAR BESAR MELAKA SENTRAL LEBIH MODEN, BERKONSEP ‘RUMAH MELAKA’
Next post MACHAP UMBOO LAMBANG SEBUAH PENGORBANAN