Lebih 90 peratus anggota divaksin, MPHTJ menuju ‘Herd Immunity’

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

 

BATU BERENDAM 24 Jun – Seramai 334 anggota Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sudah menerima vaksin Covid 19 sejak kerajaan negeri menjalankan kempen kesedaran pentingnya mengambil vaksin.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman berkata, pihaknya telah mencapai 90 peratus imuniti kelompok anggota yang telah menerima suntikan Vaksin Covid 19 itu sehingga semalam.

“Di peringkat MPHTJ masih berbaki 15 anggota sahaja lagi yang masih menunggu untuk menerima suntikan vaksin dan MPHTJ telah menuju ke arah ‘Herd Immunity’ apabila sudah melepasi 80 peratus anggota sasaran kerajaan yang telah menerima suntikan Covid pada 19 Jun lalu,” katanya.

Datuk Shadan Othman

Beliau berkata demikian ketika menyantuni petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi JAPERUN Bukit Katil, Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Dalam program itu sebanyak 240 pek makanan diserahkan kepada petugas barisan hadapan di tiga PPV di bawah daerah Melaka Tengah iaitu di PPV Dewan Tun Ali, PPV Universiti Multimedia (MMU) dan di PPV CTRM yang berada di bawah jajahan MPHTJ.

Mengulas lanjut, Shadan berkata program dihadiri 10 ahli Majlis MPHTJ itu selain dari menyantuni petugas di situ, pihaknya juga mendapatkan maklumat berkenaan fasiliti sekiranya perlukan pertambahan.

Simbolik penyerahan, Ridhwan memberikan makanan kepada Penyelia PPV Dewan CTRM, Dr. Haida Omar untuk yang diberikan kepada petugas barisan hadapan PPV Dewan CTRM diiringi Shadan.

“Saya sempat bertanya kepada petugas di ketiga-tiga PPV sekiranya memerlukan fasiliti tambahan bagi memudahkan perjalanan penerima vaksin dan petugas di PPV terbabit.

“Setakat ini, belum ada apa-apa yang diperlukan, sekiranya ada pihak PPV akan memaklumkan pada kita (MPHTJ),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

759
Kongsi :
Previous post Peluang saya telah berlalu, kini giliran anda- Chong Wei
Next post Mekanik hilang kerja akibat PKP, rayu bantuan untuk sara keluarga.
Ubah saiz-+=