Lebih banyak infrastruktur Rim akan ditambah baik

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

RIM 8 September – Usaha menaik taraf jalan rosak di Jalan Ladang Solok Komong (Mak Biah) Kampung Chabau ternyata memberi kelegaan kepada penduduk di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, kerja-kerja membaiki serta menaik taraf jalan itu dilaksanakan menerusi Inisiatif Penaiktarafan Infrastruktur Fizikal Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

“Saya cakna dengan kerosakan di Jalan Ladang Solok Komong (Mak Biah) di Kampung Chabau, disebabkan itu saya terus meminta pihak bertanggungjawab untuk membaiki dan menaik taraf jalan tersebut.

“Ia bagi memudahkan penduduk yang berada di lokaliti tersebut selamat dan selesa untuk menggunakannya.

“Ini juga salah satu projek di bawah Inisiatif Penaiktarafan Infrastruktur Fizikal DUN Rim, insya-Allah lebih banyak infrastruktur di DUN ini yang memerlukan penambahbaikan akan dibawa masuk dalam Inisiatif ini,” katanya.

Terdahulu Khaidhirah yang juga Timbalan Speaker DUN Melaka turut memantau kerja-kerja penggantian dan pemasangan karpet di Surau Ar-Rayyan, Taman Mesra Rim yang telah disiapkan.

“Saya juga minta pihak kontraktor untuk menampal jalan di dalam kawasan surau ini serta membuat beberapa kerja penyelenggaraan surau ini.

“Diharap penduduk di Taman Mesra Rim dapat menunaikan ibadat di surau ini dalam keadaan selesa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2024
Kongsi :
Previous post Harga RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal
Next post Jajaran Dumai-Telok Gong ikon baharu dunia
Ubah saiz-+=