
Lebih banyak kelong memancing akan dibangunkan di Merlimau
MERLIMAU 17 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh bercadang untuk memajukan sektor perikanan dan komuniti nelayan di Merlimau.
Katanya, antara perkara yang bakal dijadikan tumpuan ialah menaik taraf jeti nelayan.
Selain itu, katanya, pembinaan lebih banyak kelong memancing juga bakal dijadikan fokus utama di kawasan itu.
“Ia bagi merancakkan ekonomi nelayan dan pada masa sama mampu membuatkan Merlimau menjadi tumpuan utama para pemancing di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook selepas melawat lokasi menternak kupang di Sebatu, baru-baru ini.
Mengulas mengenai penternakan kupang, Muhamad Akmal berkata, pihaknya turut merancang penyusunan semula pancang-pancang kupang supaya ia menjadi teratur.
“Pada masa sama, cara ini juga membolehkan kita membina lebih banyak pancang kupang di sepanjang pantai Merlimau dan Sebatu,” ujarnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
INDUSTRI AUTOMOTIF JADI PEMANGKIN EKONOMI UTARA MELAKA
GADEK 15 Jun - Kemudahan mengecat kenderaan atau 'painting line' milik EP Manufacturing Berhad (EPMB) sedang dalam fasa pembinaan di...
WRUR TELOK MAS: TOK AJAK IKTIRAF NELAYAN SEBAGAI PEJUANG LAUT
TELOK MAS 15 Jun – Golongan nelayan disifatkan sebagai pejuang laut yang memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan hasil laut...
WRUR TELOK MAS: MEDIUM UNTUK SEMUA GENERASI TUNJUK BAKAT
TELOK MAS 15 Jun - Bukan sekadar fokus kepada usaha menyelesaikan permasalahan komuniti, sebaliknya Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
NILAI PERPADUAN BENTUK ALLEX JADI PEMIMPIN
KESIDANG 15 Jun – Dibesarkan dalam keluarga sederhana di Kampung Rim, Jasin, Allex Seah Shoo Chin atau lebih mesra disapa...
WARGA KASTAM MELAKA CERIAKAN MADRASAH TAHFIZ DARUL FALAH
JASIN 15 Jun - Semangat kesukarelawanan dan budaya prihatin terus disemarakkan warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menerusi pelaksanaan...
WRUR TELOK MAS: BUKAN SEKADAR BERHIBUR, TAPI SEMAI CINTA PADA WARISAN TRADISIONAL
TELOK MAS 15 Jun - Pertandingan sukan kampung yang dianjurkan bersempena Majlis Perasmian Pembukaan Program Ajak Sekampung Festival 2026 sempena...
