
Lee Zii Jia ‘blackout’
MELAKA 21 Jan – Pemain badminton negara, Lee Zii Jia menukar gambar profil Facebooknya kepada warna hitam, hari ini.
Tindakan itu dilakukan tidak sampai beberapa jam selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan penggantungannya daripada menyertai kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Jan.
Ia dipercayai sebagai tanda protes atau kecewa berhubung keputusan tersebut.
Lebih-lebih lagi, keputusan itu diumum tatkala menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, tidak lama lagi.
Menerjah ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat dan menyokong penuh pemain berusia 23 tahun itu.
Antara komen yang diberikan termasuklah ‘Stay Strong’, ‘Malaysia with You’, dan ‘Comeback Stronger’.
Tidak kurang juga, ada dalam kalangan peminat mengecam tindakan BAM ke atas Zii Jia.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 20,000 PENGUNJUNG GAMATKAN SAMBUTAN JUBLI INTAN RGK KE-60
KLEBANG 28 Disember - Lebih 20,000 pengunjung membanjiri perkarangan Encore Melaka sejak hari pertama penganjuran Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak...
BISTARI PERKUKUH MOMENTUM SANTUNI RAKYAT MEMERLUKAN
AYER KEROH 28 Disember - Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI) akan terus mengorak langkah memperkukuh momentum...
MAIM PERUNTUK RM3.15 JUTA UNTUK BANTUAN PERSEKOLAHAN ANAK ASNAF
AYER KEROH 28 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan bantuan persekolahan kepada hampir 9,000 anak-anak dalam golongan asnaf,...
BISTARI DISERU PERKUKUH JARINGAN KERJASAMA RENTAS SEKTOR
AYER KEROH 28 Disember - Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI) disarankan untuk terus memperkukuhkan jaringan kerjasama...
MELAKA ANJUR 3,000 PROGRAM AGAMA SETIAP TAHUN
AYER KEROH 28 Disember - Lebih 3,000 program ilmu dan keagamaan dianjurkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama...
MELAKA MELANGKAH KE 2026 DENGAN DOA, SELAWAT
AYER KEROH 28 Disember - Penganjuran Majlis Melaka Berselawat sempena Ambang Tahun Baharu 2026 mencerminkan prinsip Kerajaan Negeri untuk melangkah...
