
Lelaki 180kg minta bantuan bomba untuk ke hospital kerana masalah kesihatan
MERLIMAU 25 Julai – Seorang lelaki seberat 180 kilogram (kg) yang menjalani kuarantin di rumah terpaksa meminta bantuan anggota bomba untuk ke Hospital Melaka akibat masalah kesihatan dan kecemasan, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.57 petang tadi dan tiba di lokasi iaitu di Kampung Paya Lengkong, di sini, empat minit selepas itu.
Katanya, seramai tujuh anggota telah digerakkan bagi membantu mengangkat dan membawa lelaki berusia dalam lingkungan 35 tahun itu ke hospital.
“Setibanya di lokasi, anggota bomba telah membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengangkat lelaki seberat 180 kg yang sedang menjalani perintah kuarantin.
“Kita mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengangkat lelaki itu dan membawanya menaiki lori angkut untuk ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kesemua anggota yang terlibat memakai sut perlindungan diri (PPE) bagi tujuan keselamatan.
“Operasi terkawal dan tamat pada jam 4.39 petang tadi,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
15 TAHUN SURAT ‘SESAT’ KE RUMAH JIRAN, KAMPUNG DIGITAL AKHIRI KEKELIRUAN ALAMAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Lebih 15 tahun surat dialamatkan kepada keluarganya sering tersalah hantar ke rumah jiran yang terletak...
USIA BUKAN HALANGAN, ‘TOK RAUF’ TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Meniti usia yang bakal mencecah 65 tahun bukan alasan buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
MELAKA ANGKAT ILMU FALAK SEBAGAI AGENDA TVET
TANJUNG BIDARA 14 September - Kerajaan Negeri mengangkat ilmu Falak sebagai antara silibus dan elemen dalam agenda Pendidikan dan Latihan...
MASYARAKAT DI HATI MPAG, SANTUNI ORANG KAMPUNG LONDANG
TANJONG BIDARA 14 September - Program Masyarakat Di Hati MPAG diteruskan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Masjid...
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI PRODUK EDUPERLANCONGAN UNIK MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 September - Kompleks Falak Al-Khawarizmi bakal diperkasakan sebagai antara produk edupelancongan unik Melaka menerusi usaha berterusan Kerajaan...
MELAKA NEGERI DIGITAL, URUSAN BAYI HINGGA WARGA EMAS LEBIH LANCAR
MELAKA NEGERI DIGITAL, URUSAN BAYI HINGGA WARGA EMAS LEBIH LANCAR TANJUNG BIDARA 14 September - Kaedah pengurusan rakyat bermula bayi...

