
Lelaki 43 tahun korban terbaharu COVID-19 di Melaka
AYER KEROH 10 Mac – Seorang lelaki berusia 43 tahun menjadi korban terbaharu COVID-19 di negeri ini.
Mengikut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, lelaki yang tidak bekerja dari mukim Ayer Molek itu sebelum ini tidak mempunyai sejarah penyakit kronik.
“Ia telah menjadikan keseluruhan sebanyak 21 kematian telah direkodkan di negeri ini setakat ini,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, JKN Melaka memaklumkan kes sifar COVID-19 di negeri ini hanya mampu bertahan sehari sahaja apabila kembali merekodkan dua digit atau 11 kes baharu hari ini.
Mengikut data harian yang dikeluarkan, 11 kes baharu itu merangkumi lima kes membabitkan tahanan dari Kluster Telok Mas manakala selebihnya hasil saringan bergejala, saringan kontak rapat dan saringan kerja.
Begitupun, sebanyak 16 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah pesakit yang masih dirawat di negeri ini berkurangan menjadi 94 orang dan hanya seorang pesakit sahaja ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SASAR PROSES ‘TAGGING’ LIBATKAN 32,000 TERNAKAN HINGGA HUJUNG TAHUN INI
TABOH NANING 1 September - Pemilik ternakan seluruh Melaka diminta supaya menyegerakan proses pendaftaran digital haiwan menerusi pemasangan 'tagging' dilengkapi...
MELAKA MEMANG LAIN MACAM, RAKYAT TERKEJUT KETUA MENTERI SENDIRI HANTAR MAKANAN
TANJUNG BIDARA 1 September - Tidak pernah terlintas di fikiran Muhamad Redza Sidek, 32, bahawa pesanan makanan yang dibuat menerusi...
‘KAMI RASA DIHARGAI, TOK RAUF SENDIRI RASAI SUSAH PAYAH KAMI’
TANJUNG BIDARA 1 September - 'Kami rasa dihargai'. Itu luahan penghantar p-hailing selepas Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
10 MOTOSIKAL MENANTI ‘ABANG RIDER’ DI KARNIVAL ANAK MUDA
LENDU 1 September - Sebanyak 10 motosikal bakal menjadi antara hadiah istimewa yang ditawarkan sempena pertemuan khas penghantar p-hailing pada...
MELAKA UMUM ‘HADIAH’ UNTUK ABANG RIDER
TANJUNG BIDARA 1 September - Lebih 3,000 penghantar p-hailing di Melaka bakal menerima manfaat subsidi penyelenggaraan motosikal menerusi inisiatif Kerajaan...
TOK RAUF JADI ‘ABANG RIDER’, SELAMI JERIH PERIH CARI REZEKI
TANJUNG BIDARA 1 September - Setiap kali enjin motosikal dihidupkan dan pesanan diterima, seorang 'Abang Rider' bukan sekadar menghantar makanan...
