
Lelaki ditahan disyaki terlibat samun bersenjata di Kuala Kangsar
IPOH, 14 Okt – Polis berjaya menahan seorang lelaki hari ini, yang melarikan diri selepas dipercayai melakukan samun bersenjata ke atas seorang wanita di bandar Kuala Kangsar semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata lelaki itu ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di sekitar bandar itu pada 7.30 pagi tadi.
“Hasil penahanan, polis menjumpai sejumlah barangan yang mempunyai kaitan dengan kes samun bersenjata itu dan suspek juga didapati menggunakan motosikal bernombor pendaftaran palsu,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata lelaki itu direman hingga 19 Okt ini untuk siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
Menurut Omar Bakhtiar hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai 15 rekod jenayah termasuk dadah dan polis percaya dia turut mempunyai kaitan dengan satu kes cubaan samun yang tular menerusi media sosial sebelum ini.
“Kita telah berjaya mengesan dan memanggil mangsa dalam video yang tular sebelum ini bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.
Dalam kejadian semalam, seorang wanita tempatan kerugian RM4,000 selepas disamun menggunakan senjata dan kejadian itu tular menerusi media sosial.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZIARAH KASIH DUN MACHAP JAYA TIDAK TERHENTI
MACHAP JAYA 2 Oktober - Lebih 800 keluarga telah disantuni penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee...
TVET LAHIR PENCIPTA TEKNOLOGI MESRA ALAM
AYER KEROH 2 Oktober - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar melahirkan tenaga mahir dalam pengendalian mesin...
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...
KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERNIAGAAN PATUH DI MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan...
