Lelaki ditahan lari sekatan jalan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

MELAKA, 26 Julai – Tindakan seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan lari dari sekatan jalan raya membawa padah apabila dia dicekup polis, awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira- kira jam 12.30 tengah malam itu, lelaki terbabit yang memandu Honda Accord dikatakan cuba melarikan diri dari sekatan jalan di Jalan Melaka Sentral yang dilakukan sepasukan polis dari Unit Penguatkuasa Polis Trafik Melaka Tengah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, suspek berusia 42 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari arah persimpangan lampu isyarat Jalan Hospital menghala ke Melaka Sentral.

KENDERAAN suspek yang remuk

Beliau berkata, menyedari tindakan suspek yang cuba melarikan diri, beberapa anggota polis kemudian mengekorinya yang memandu secara melulu dan merbahaya serta turut menyongsang jalan.

“Pihak polis mengekorinya sejauh kira-kira 15 kilometer sebelum berjaya menahan suspek di Batu 9 1/2 Rembia ketika dia menuju ke rumahnya.

“Ketika di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Paya Rumput, kereta dipandu suspek telah melanggar sebuah kenderaan lain dan seorang anggota polis menyebabkannya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Afzanizar berkata, hasil pemeriksaan awal dilakukan mendapati suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

“Suspek kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk diambil sampel darah bagi ujian kandungan alkohol serta dadah dalam darah.

“Dia kini direman selama empat hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 307, 353 dan 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

Views:

667
Kongsi :
Previous post COVID-19: Satu kematian dilapor selepas seminggu, kes baharu kekal dua angka
Next post Permintaan terhadap pelancongan marin makin meningkat
Ubah saiz-+=