Lelaki ditemui mati dalam kereta di tepi jalan

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDA HILIR 3 November – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta di tepi Jalan Laksamana Cheng Hoe, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 10.09 malam sebelum mendapati terdapat seorang lelaki lengkap berpakaian tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta jenis Honda City.

Katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan pemeriksaan ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Melaka.

“Menurut waris iaitu kakaknya, mangsa pernah mengadu sakit kepala ketika berjumpa pada kelmarin kira-kira jam 3 petang dan selepas itu mangsa telah keluar tanpa diketahui arahnya.

“Mangsa merupakan seorang pekerja kontrak pemasangan kabel dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol sejak empat tahun lalu.

“Mangsa juga dikatakan pernah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta dan kali terakhir membuat pemeriksaan kesihatan ialah pada 25 Oktober lalu,” katanya.

Menurut Christopher, doktor bertugas di Hospital Melaka telah mengesahkan laporan perubatan dan sejarah penyakit sebagai komplikasi kencing manis dan darah tinggi yang kronik.

Ujarnya, mayat mangsa juga akan diserahkan kepada waris untuk proses pengebumian memandangkan keluarga tidak mahu bedah siasat dijalankan atas faktor sudah mengetahui penyakit tersebut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mata mengejut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6203
Kongsi :
Previous post Kes denggi meningkat, tiada kematian direkodkan pada ME43
Next post Melaka galak pemaju aplikasi teknologi hijau dalam pembinaan kediaman
Ubah saiz-+=