
Lelaki ditemukan lemas di Tanjung Balau
JOHOR BAHRU, 10 April – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya menerima laporan kehilangan lelaki berusia 25 tahun itu pada 10.15 pagi.
“Mangsa dan ahli keluarganya dari Kota Tinggi datang ke pantai berkenaan sejak semalam dan berkhemah serta bermalam di situ.
“Bagaimanapun, mangsa dilaporkan hilang ketika sedang bermandi-manda di pantai pagi tadi sebelum ditemukan lemas oleh pasukan penyelamat pada 11.10 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penawar Pegawai Bomba Kanan I KUP Faizal Ahmad dalam kenyataan berasingan berkata mangsa ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BURU MADU LEBAH, BIAK BAKA KAMBING ‘HEALING’ CARA IMAM RASIP
MACHAP JAYA 20 Mei - Memburu madu lebah, membiak baka kambing dan melakukan kerja kampung termasuk menoreh getah menjadi aktiviti...
MPHTJ LAHIRKAN WARGA KERJA MAHIR KENDALI KES KECEMASAN
AYER KEROH 20 Mei - Kursus Bantuan Kecemasan Awal Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) berupaya dapat melahirkan lebih ramai...
MAIM TUMBANG TIGA LEMBU SEMPENA KORBAN PERDANA MUALAF
BUKIT KATIL 20 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Kompleks Darul Huda, Balai Islam di Kesidang akan menumbangkan...
TILAPIA MERAH ‘LUBUK REZEKI’ ORANG KAMPUNG
MACHAP JAYA 20 Mei - Peruntukan menerusi Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga Felda Menggong dalam...
JKKN GILAP BAKAT, ASUH ANAK MELAKA CINTAI SENI
AYER KEROH 20 Mei - Program Bimbingan Hujung Minggu (PBHM) anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Melaka diteruskan dengan...
MOTOSIKAL KLASIK 7 DEKAD, TRIUMPH THUNDERBIRD CURI TUMPUAN
BANDA HILIR 20 Mei - Sebuah motosikal klasik Triumph Thunderbird 1952 berusia lebih 70 tahun antara tarikan pada program The...


