
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
KUALA LUMPUR, 10 April – Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Menurut MOF kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ASAHAN GAMAT DENGAN KEHADIRAN 1,000 PENYOKONG BN
ASAHAN 31 Oktober – Kibaran bendera parti, sorakan penyokong dan kehadiran kira-kira 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) mencetuskan suasana meriah...
TOK MAT IRINGI ABDUL HAKIM KE PUSAT PENAMAAN CALON
LENDU 31 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid diiringi Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad...
PRN MELAKA: AYER MOLEK HANGAT SEJAK PAGI, RIDHWAN DISAMBUT SORAKAN PENYOKONG
AYER MOLEK 31 Oktober - Ketibaan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: ASYRAF WAJDI, UNCLE WONG IRINGI MOHD NOOR HELMY
DUYONG 31 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) N21 Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem diiringi...
YB ALONG AMBIL BERAT, ABU SHAH KINI BERTEDUH DI RUMAH LEBIH SELESA
ASAHAN 31 Oktober - Sebelum ini dia menghuni rumah yang sempit tanpa, ruang tamu, bilik atau dapur yang khusus cuma...
PRN MELAKA: AHMAD ZAHID IRINGI AB RAUF KE PUSAT PENAMAAN CALON TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 31 Oktober – Kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengiringi Ketua Menteri Melaka,...
