Lelaki hilang ketika mendaki Bukit Beruang

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 15 Mac – Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak keluar aktiviti mendaki di Bukit Beruang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata menerima laporan polis daripada seorang lelaki memaklumkan adik iparnya iaitu mangsa, Steven Tan Kim Hua berusia 45 tahun tidak pulang ke rumah sejak keluar mendaki bukit berkenaan sejak jam 4.30 petang.

Katanya, sebelum itu pengadu mencari mangsa di kawasan sekitar dan menemukan kenderaan mangsa masih berada di parkir permulaan kawasan Bukit Beruang.

“Polis bersama pasukan bomba menggerakkan usaha mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 9.50 malam tadi dengan membuat pencarian di check point 3 dan 4 namun sehingga jam 2 pagi, mangsa gagal ditemukan.

“Usaha SAR bagaimanapun diteruskan pada jam 7 pagi ini dengan kekuaran melibatkan 12 orang pegawai dan anggota polis termasuk unit anjing pengesan (K-9) serta 14 pegawai dan anggota bomba dan lapan anggota Jabatan Perhutanan Melaka.

“Bagaimanapun sehingga kini mangsa masih gagal ditemui,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang menemui mangsa diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Melaka di talian 06-284 1999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7201
Kongsi :
Previous post 26 Adun sokong usul terima kasih ucapan TYT
Next post UTeM kongsi ilmu celik kewangan digital
Ubah saiz-+=