
Lelaki koma dipercayai miliki dadah
AYER KEROH 30 Nov – Seorang lelaki berusia 27 tahun yang koma akibat kemalangan di Kilometer 238 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan Jumaat lalu dipercayai miliki dadah.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Deputi Superintendan Mohd Akmal Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan Hospital Alor Gajah memaklumkan suspek dirawat di hospital berkenaan selepas motosikal ditunggangnya terbabas sendiri.
Katanya, akibat kemalangan itu, suspek masih tidak sedarkan diri kerana kecederaan teruk di kepala.
“Doktor yang merawat hadir ke Balai Polis Alor Gajah dan menyerahkan beg milik suspek yang dipercayai mengandungi dadah di dalamnya.
“Pemeriksaan lanjut polis menemukan satu ketulan mampat tumbuhan kering dipercayai ganja seberat 955 gram dan lima paket dadah dipercayai methamphetamine seberat 65.95 gram.
“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM4,000,” katanya mengerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata, suspek kemudiannya dirujuk ke Hospital Melaka sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan dijangka menjalani pembedahan di kepala.
“Sehingga kini suspek masih berada dalam keadaan koma dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
DODOL DARI MERLIMAU BAWA RASA MELAKA KE SHANGHAI
MERLIMAU 16 Oktober - Dodol keluaran perusahaan tempatan, Dodol Ramlah, berpotensi menembusi pasaran antarabangsa apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung...
STRATEGI TOK RAUF PERKASA PELANCONGAN TANJUNG BIDARA BERI IMPAK POSITIF KEPADA PENIAGA KECIL
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Strategi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memperkasakan semula sektor pelancongan Melaka bukan...
JEREBU: MENARA TAMING SARI EDAR 1,000 PELITUP MUKA UNTUK PELAJAR
TELOK MAS 16 Oktober - Menara Taming Sari terus mengangkat peranannya sebagai produk pelancongan prihatin apabila tampil membantu melindungi kesihatan...
‘TOK MAN’, ‘KAK INA’ ZIARAH KAMPUNG AGIH KIT MAKANAN UNTUK WARGA PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 16 Oktober - Seramai lebih 400 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor bakal menerima manfaat menerusi...
CALON BELUM PASTI, KHIDMAT KEPADA RAKYAT TIDAK TERHENTI
SUNGAI RAMBAI 15 Oktober - Belum mengetahui sama ada bakal dipilih semula sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
USAHAWAN BEG PAKU MELAKA DISARAN TEROKA PASARAN ANTARABANGSA
AYER KEROH 15 Oktober - Usahawan beg paku di Melaka disaran meneroka pasaran antarabangsa termasuk Singapura dan Australia dengan memanfaatkan...

