
Lelong lembu terbiar serendah RM1,600
JASIN 25 Januari – Lima ekor lembu ditangkap selepas dikesan berkeliaran di kawasan awam dilelong pada Sesi Lelongan Haiwan Ternakan di Melaka Beef Sdn Bhd, Ladang Lembah Kesang, di sini, hari ini.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, lima lembu berkenaan dilelong pada harga RM11,700 dengan bidaan tertinggi adalah RM3,500 manakala paling rendah RM1,600.
Dr. Muhamad Akmal berkata, pemilik ternakan sudah dipanggil berhubung perkara itu, namun gagal membayar jumlah kompaun RM1,000 bagi setiap ekor lembu dalam tempoh lima hari seperti ditetapkan.
“Memang dia (penternak) datang untuk tuntut semula ternakan tetapi enggan bayar kompuan yang ditetapkan.
“Ternakan ini ditangkap dalam operasi pada 13 Januari lalu yang dijalankan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan (Majlis Perbandaran Jasin) 2012,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Sesi Lelongan Haiwan Ternakan berkenaan.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd, Azahar Mohamed.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SASAR 20 PENCAPAIAN MENJELANG AKHIR 2026
BANDA HILIR 30 Jun – Melaka menyasarkan lebih 20 pencapaian dan pengiktirafan baharu peringkat negeri, kebangsaan serta antarabangsa menjelang penghujung...
PUSAT PERANGINAN BAHARU BAWA LIMPAHAN EKONOMI KEPADA WARGA SERKAM
SERKAM 30 Jun - Pembangunan sebuah pusat peranginan baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam dijangka menjadi pemangkin baharu kepada...
91.94 PERATUS RAKYAT MELAKA BERPUAS HATI DENGAN KUALITI PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 30 Jun – Tahap kepuasan rakyat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam di Melaka pada 2025 amat membanggakan apabila...
KARNIVAL MADANI SEMAI PERPADUAN SEJAK DI BANGKU SEKOLAH
KESIDANG 30 Jun – Usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda terus diperkasakan menerusi penganjuran Karnival Madani, program yang...
PLATFORM WRUR PERKASA PENYELESAIAN ISU RAKYAT
SERKAM 30 Jun - Lebih 50 aduan diterima pada Hari Aduan Rakyat sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR SERKAM: LEBIH 100 ADUAN RAKYAT AKAN DISELESAIKAN
SERKAM 30 Jun - Sebanyak 53 aduan diterima pada Hari Aduan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bersempena Program Wakil...
